Turunkan Berat Badan Dengan Bahan Semulajadi

Table of Contents

Sebelum kemunculan teknologi untuk menghasilkan produk pelangsingan badan atau produk turunkan berat badan. Terdapat beberapa cara untuk menurunkan berat badan yang diamalkan secara tradisional dan semulajdi. Bahan bahan yang digunakan juga terbukti dari segi saintifik boleh menurunkan berat badan. 

Berikut adalah bahan untuk turunkan berat badan dengan bahan semulajadi

Turunkan berat badan dengan 7 bahan semulajadi

Buah Epal untuk turunkan berat badan

Buah-buahan dan sayuran mempunyai banyak kandungan air dan serat yang berfungsi untuk memberi rasa kenyang pada perut. Buah epal adalah salah satu daripadanya. Hormon GLP-1 yang terhasil dari pencernaan epal akan memberikan signal rasa kenyang ke otak dan boleh mengelakkan daripada rasa nak makan. Amalkan makan sebiji buah epal berukuran sedang 15 minit sebelum makan untuk membantu anda mengawal nafsu makan.

Rumpai laut untuk turun berat badan

Ahli ilmu dari Belanda telah mendapati bahawa rumpai laut adalah serat makanan semula jadi yang dapat menghalang rasa lapar sehingga 30 peratus dan terus berasa kenyang sehingga waktu siang.

Teh hijau unutk turunkan berat badan

Teh hijau mengandungi katekin yang membantu tubuh untuk membakar lemak dengan banyak. Kadar antioksida yang tinggi juga membantu mengawal hormon leptin yang berfungsi mengawal nafsu makan. Dengan pengambilan teh hijau 3 hingga 5 cawan setiap pagi dalam malam berupaya membantu dalam proses pembakaran lemak.

Khasiat telur untuk turunkan berat badan 

Telur adalah sumber protein terbaik di dalam makanan. Menerusi laporan dari Jurnal American College of Nutrition, makan dua biji telur dadar untuk sarapan menyebabkan anda akan makan kurang kalori untuk sisa waktu makan yang berikutnya. Jadi, mulailah hari anda dengan sarapan telur bagi mencegah rasa lapar sehingga tiba waktu makan tengah hari.

Kabaikan lemon untuk turunkan berat badan

Untuk sekian alam lemon seringkali digunakan sebagai buah-buahan membakar lemak. Kandungan pektin yang terdapat di dalam buah lemon membantu untuk membuatkan seseorang lambat lapar selain boleh membakar lemak di badan. Penyelidik Amerika Syarikat mendapati bahawa asid lemon dan pektin dapat melambatkan penyerapan gula setelah makan dan menghindari gula darah rendah yang dapat mengakibatkan orang berkeinginan untuk makan. Lemon juga kaya dengan vitamin C yang bertujuan untuk menghasilkan amino asid untuk membakar lemak dengan cepat.

Air putih untuk kurus

Sebuah kajian yang diterbitkan pada 2010 menyatakan bahawa minum air putih sebelum makan benar-benar dapat membantu orang untuk menurunkan berat badan.

Bawang putih untuk bakar lemak badan 

Para penyelidik baru-baru ini mendapati bahawa kandungan allicin pada bawang putih, yang bertanggungjawab memberikan bau menyengat dapat merangsang pusat kenyang di otak, juga mengurangi rasa lapar. Bawang putih juga merangsang sistem saraf untuk melepaskan hormon seperti adrenalin, yang mempercepat kadar metabolisme sehingga tubuh membakar kalori lebih banyak.

Akhir kata

Sekarang terdapat banyak produk untuk kuruskan berat badan, namun anda juga boleh menggunakan bahan-bahan tradisional untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. Selain boleh menjimatkan kewangan anda juga boleh kurus secara sihat.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!
Shopping Cart
Scroll to Top