Tips Tudung Pengantin Kelihatan Cantik

Table of Contents

Sekiranya, anda tidak bertudung, banyak pilihan yang boleh kita gayakan mengikut kesesuaian diri. Tetapi bagi yang bertudung agak terbatas sedikit penggayaan di hari berkenaan. 

Namun di zaman serba moden ini, pemakaian tudung juga sebenarnya boleh digayakan asalkan kena dengan penampilan sebagai raja sehari.

6 Tips Tudung Pengantin Kelihatan Cantik

Kira kewangan anda

Perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah bajet anda untuk majlis penuh bersejarah ini. Tidak salah berbelanja lebih mengenakan busana dari kain mahal, asalkan anda berkemampuan. Setelah itu berbincang dengan juru andam, pakaian bagaimana yang sesuai untuk digayakan dengan penampilan anda sebagai pengantin bertudung. Biasanya kurung moden dan kebaya sering menjadi pilihan sama ada untuk majlis pernikahan atau majlis bersanding.

Penggunaan manik

Sekiranya anda memilih fabrik renda atau lace, pastikan dilitupi dengan kain alas di bahagian dalam. Bagi yang bertudung juga lebihkan penggunaan manik dan sulaman di bahagian bawah baju. Tetapi awas, tidak manis sekiranya bertudung tetapi menampakkan kulit tubuh. Anda juga dinasihatkan tidak mengenakan kain belah hingga menampakkan betis kaki.

Berbincang dengan juru andam

Sekiranya anda tidak mahu mengenakan kebaya atau kurung moden dan berminat dengan potongan longgar, anda boleh mengenekan jubah. Tetapi berbincang dengan juru andam agar cuba memodenkan jubah yang dipakai. Misalnya memilih jubah dari fabrik satin yang dilapisi dengan renda atau lace. Hiasan labuci serta manik pastinya akan menyerlahkan penampilan walaupun anda berjubah. Tidak salah mengenakan jubah mengikut bentuk tubuh tetapi biarlah longgar sedikit potongannya.

Pilih kain lembut

Dalam menggayakan pengantin bertudung, tudung memainkan peranan yang amat penting. Jangan sesekali mengenakan tudung dari kain keras kerana anda akan kelihatan seperti robot. Seeloknya pilihlah tudung dari fabrik sifon atau satin lembut dengan warna cerah yang bersesuaian dengan baju yang digayakan. Anda juga boleh mencuba tren terkini.

Aksesori

Aksesori juga turut memainkan peranan penting dalam penampilan setiap mempelai. Tetapi bagi yang bertudung tidak perlu mengenakan banyak aksesori sebaliknya hanya kerongsang yang sesuai untuk dipadankan dengan tudung ataupun sedondon dengan corak baju yang dipakai. Sekiranya tudung yang dikenakan sudah penuh dengan taburan labuci atau manik, eloklah sekiranya anda memilih aksesori yang tidak terlalu sarat. Cukuplah sekadar tiara kecil dan layah paras pinggang untuk dikenakan. Bagi menambah seri, letakkan kerongsang di atas bahu sebelah kiri.

Solekan ringkas

Dari segi solekan pula, anda dinasihatkan jangan mengenakan solekan terlalu tebal. Sebaliknya lebih elok mengenakan solekan nipis berpadanan dengan warna baju dan tudung yang dipakai.

Akhir kata

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang suci dalam menyatukan dua jiwa. Namun, hari-hari sebelum menempuh gerbang perkahwinan adalah suatu yang begitu mendebarkan bagi seorang wanita. Di saat ini, segala keperluan perlu disediakan terutamanya sekali membabitkan penampilan. Sudah pasti setiap bakal pengantin mahu kelihatan cantik dan bergaya di majlis penuh bersejarah.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!
Shopping Cart
Scroll to Top