Tips Kurus Dengan Cepat dan Sihat

Table of Contents

Tips kurus dengan cepat dan sihat yang bagus untuk para wanita. Memiliki tubuh badan yang langsing dan menawan adalah cita-cita bagi setiap wanita. Namun dengan pengambilan makanan yang tidak seimbang dan menu makanan yang banyak menyebabkan ramai wanita gagal untuk mengekalkan bentuk tubuh yang ideal. Tidak kurang juga ramai yang mengalami masalah gaya hidup yang tidak sihat.

Di dalam artikel ini membincangkan tips kurus dengan cepat dan sihat yang boleh diamalkan dalam seharian anda.

6 Tips kurus dengan cepat dan sihat

Kira pengambilan kalori

Salah satu corak pemakanan yang menyebabkan kegemukan adalah apabila pengambil kalori harian lebih dari keperluan badan. Badan memerlukan makanan untuk tenaga, tapi pengambilan kalori berlebihan akan mengakibatkan tenaga disimpan dalam bentuk lemak maka berlakulah kegemukan. Cara terbaik untuk menguruskan berat badan adalah dengan kira kalori setiap hari. 

Secara tiorinya, seorang wanita dewasa memerlukan kalori sebanyak 1600 ke 2000 sehari, manakala lelaki dewasa memerlukan kalori sebanyak 2000 ke 2500. Jika anda aktif anda mungin memerlukan lebih dari kadar tersebut.

Stop makanan proses

Salah satu gaya pemakanan yang tidak sihat adalah dengan makan makanan proses. Makanan proses adalah makanan yang telah dicampur dengan bahan kimia seperti pengawet dan perisa. Malah makanan ini juga melalui proses dimasak bersama gula yang tidak bagus untuk pengambilan makanan. Antara makanan proses adalah makanan ringan, makanan dalam tin, dan minuman gas.

Kesimbangkan nutrisi pada hidangan

Badan manusia memerlukan nutrisi untuk sihat, makan amalkan keseimbangan nutrisi di dalam pemakanan. Elakkan daripada berlebihan dalam satu kelompok nutrisi sahaja seperti pengambil banyak karbohidrat yang mana menjadi punca kepada kegemukan. Setkan hidangan dengan nutrisi yang seimbang antara protein, serat, dan karbohidrat untuk keperluan tubuh.

Dapatkan nasihat untuk diet

Dicadangkan agar jika anda ingin diet, rujuklah kepada mereka yang pakar di dalam pemakanan. Ini kerana setiap badan orang mempunyai keupayaan yang berbeza untuk diet. Contohnya bagi pesakit obesiti kronik memerlukan diet yang betul bagi mengelakkan sebarang komplikasi pada seseorang pesakit. Untuk senaman juga anda boleh merujuk trainer yang bertauliah sebelum melakukan sebarang senaman. Ini penting bagi mengelakkan anda melakukan senaman yang salah dan menyebabkan berlakunya kecederaan.

Makan hanya waktu lapar sahaja

Kajian terbaru mendapati salah satu cara untuk kurus adalah dengan mengambil hidangan makanan apabila tiba waktu lapar sahaja. Ini kerana setiap kali kita mengunyah makanan, badan secara semulajadi akan menghasilkan hormon insulin, hormon insulin inilah yang menyebabkan anda sentiasa lapar dan nak makan. Dengan belajar menangguh makan atau makan bila betul-betul lapar sahaja boleh mengadaptasi badan untuk tidak mengeluarkan hormon insulin. Maka anda tidak berasa lapar sepanjang masa.

Pilih produk kurus yang betul

Di pasaran sekarang terdapat banyak produk-produk yang boleh membantu untuk kuruskan berat badan. Untuk produk ini seeloknya digunakan oleh mereka yang mengalami lebihan berat badan yang kronik. Pastikan juga produk tersebut adalah produk yang betul-betul mempunyai sijil dan kelulusan dari KKM. Namun untuk produk ini seeloknya hanyalah sebagai cara tambahan sahaja, utamakan tips kurus dengan cepat dan sihat secara semulajadi untuk kesan yang lebih baik.

Akhir kata

Mempunyai bentuk badan yang langsing memerlukan perubahan terutamanya dari segi diet pemakanan harian. Namun untuk melakukan secara konsisten memerlukan anda sokongan dan ilmu yang betul agar tidak kembali ke tabiat pemakanan yang asal. Anda boleh mengamalkan tips kurus dengan cepat dan sihat di atas untuk menurunkan berat badan anda. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!
Shopping Cart
Scroll to Top