Tips Keselamatan Berenang Untuk Anak

Table of Contents

Aktiviti berenang adalah riadah yang digemari oleh kanak-kanak. Namun walaupun ada antara anak anda yang sudah pandai berenang tetapi aspek keselamatan tidak harus diambil mudah. Kadang kala ibu bapa sering meninggalkan anak-anak mereka sendirian di kolam renang tanpa sebarang bentuk pengawasan. Kecuaian beginilah yang bakal mengundang risiko terjadinya kecederaan ataupun kehilangan nyawa.

Berikut diberikan antara tips keselamatan berenang untuk anak. Panduan ini boleh diguna pakai ibu bapa bagi memastikan keselamatan anak-anak tersayang ketika berada di kolam renang

5 Tips keselamatan berenang untuk anak

Jangan berenang bersendirian

Sebagai ibu bapa atau penjaga, jangan sesekali anda leka dan membiarkan anak anda bermain di kolam sendirian tanpa pengawasan. Anak anda mungkin akan tenggelam pada bila-bila masa dan dengan sekelip mata mungkin mereka berpotensi untuk lemas. Ajari mereka juga supaya tidak masuk ke kolam renang jika tanpa pengawasan sesiapa dan patuhi arahan keselamatan di kolam renang.

Perhatikan lantai licin

Apabila sampai di kolam renang, si manja pastinya teruja dan tidak sabar untuk berenang. Di kolam renang juga harus diingat, kebiasaannya kondisi lantai adalah licin. Justeru setiap langkah harus berhati-hati. Elakkan daripada berlari bagi mengelak anak-anak tergelincir dan jatuh.

Keadaan keliling kolam

Jika kolam yang sudah agak lama, pastinya keadaannya juga sedikit berbeza dengan kolam yang baru. Pastikan anda memeriksa terlebih dahulu permukaan lantai dan dinding kolam kerana ditakuti seramik yang sedia ada sudah pecah dan berpotensi untuk memberi kecederaan kepada pengguna kolam.

Ambil kira kedalaman kolam

Sebagai ibu bapa, pastikan sebelum anak anda terjun ke kolam renang, periksa tahap kedalamannya. Sekiranya anda kurang pasti atau ragu, jangan segan untuk bertanya kepada petugas di kolam renang

Sentiasa mempunyai peralatan keselamatan

Bagi yang masih belum mahir, pelampung pastinya dapat membantu si manja untuk berenang. Selain memastikan peralatan seperti pelampung, wisel dan sebagainya disediakan, pastikan juga ia berada dalam kondisi yang masih baik dan berfungsi sepenuhnya.

Tips extra:

  • Pakai pakaian khusus untuk berenang.
  • Jangan berlari. Berjalan dengan berhati-hati.
  • Lakukan pemanasan terlebih dahulu bagi mengelak kekejangan.
  • Jika belum mahir, elak berenang di kolam yang dalam.
  • Jika ternampak orang lemas, segera maklumkan kepada petugas kolam atau pelatih renang.

Akhir kata

Aktiviti berenang adalah satu riadah yang menyeronokkan seisi keluarga, namun langkah-langkah pencegahan haruslah dititikberatkan agar aktiviti riadah ini tidak berakhir dengan Seberang kemalangan jiwa. Ibu bapa boleh mengamalkan tips keselamatan berenang untuk anak di atas semasa riadah di kolam renang.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!
Scroll to Top