POSTAGE SELURUH MALAYSIA

Punca Stress di Tempat Kerja & Cara Mengatasinya

Table of Contents

Stress adalah suatu situasi yang membebani seseorang yang mengganggu keseimbangan tubuh. Reaksi manusia berbeza-beza dalam menangani ‘stress’. Namun apakah faktor yang mengakibatkan terjadinya ‘stress’? 

14 Punca Stress di Tempat Kerja

  1. Rasa bosan atau menganggap semua kerja yang dilakukan tidak bererti.
  2. Desakan waktu. Contohnya terpaksa menyelesaikan sesuatu pekerjaan dalam tempoh yang terlalu singkat.
  3. Bebanan kerja terlalu banyak
  4. Harapan terlalu tinggi dan tidak realistik. Terlalu mengharapkan kesempurnaan sering menyebabkan kegagalan dan penolakan terhadap diri sendiri yang seterusnya menyebabkan ‘stress’.
  5. Konflik hubungan di rumah, tempat kerja mahupun persekitaran.
  6. Masalah kewangan
  7. Gangguan komunikasi, Contohnya sukar meluahkan perasaan dan masalah atau tiadanya komunikasi terbuka antara teman sekerja dan ketua
  8. Hubungan yang tidak pasti. Contohnya ketidakpastian tentang hubungan persahabatan atau percintaan.
  9. Keadaan persekitaran yang sibuk, kucar-kacir dan membosankan boleh mempengaruhi ‘mood’ seseorang sehingga akhirnya membangkitkan ‘stress
  10. Tidak sabar, sikap tidak sabar akan menyebabkan stress. Berlakunya kesilapan dan ketidaksempurnaan dalam setiap tugasan. Akibatnya anda merasa kecewa dengan hasil kerja yang dilaKukan
  11. Fikiran kaku. Seseorang pekerja yang tidak dapat berfikir dengan baik akan merasa ‘stress’.
  12. Tidak mampu merehatkan fikiran.Banyak orang merasa sukar untuk duduk di kerusi selama sepuluh minit dalam keadaan rehat. Fikiran mereka tetap berjalan secara paksa. Kegiatan ini dinamakan momentum ‘stress’.
  13. Mudah marah kepada orang lain.
  14. Kurang ceria dan mempunyai semangat hidup yang terlalu kecil

Cara Atasi Stress Di Tempat Kerja

Ubah keadaan persekitaran dan cuba elakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan ‘stress’. Contohnya bertukar pekerjaan, berpindah ke kawasan atau tempat tinggal yang lebih baik, mencari teman baru dan sebagainya.

Kenalpasti gejala dan sebab musabab berlakunya ‘stress’. Atasi sebab musabab dan hindari gejala ‘stress’ sebaik mungkin.

Atasi ‘stress’ anda menerusi penggunaan ubat penenang dan pengamalan teknik-teknik penenang diri, meditasi mahupun imaginasi.

Elakkan pemikiran negatif yang boleh merangsang ‘stress’. Biarpun sukar, kaedah ini paling berguna untuk mengurangi ‘stress’,tekanan dan kegelisahan.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!