Petua Tegangkan Kulit Guna Manjakani

Hilangkan Jerawat Apabila usia kian meningkat, ketegangan kulit akan berkurangan. Begitu juga dengan masalah jerawat yang ada kalanya kian tidak terkawal. Amalkan petua ini bagi mengurangkan kedua-dua masalah kulit yang dihadapi. Pertama, rebus segenggam biji kani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak serta pekat. Sejukkan seketika dan kemudian sapukan pada wajah atau bahagian kulit yang bermasalah. Tunggu sehingga kering, setelah itu barulah boleh dicuci dan pastikan ia cukup bersih. Amalkan petua ini setiap hari dan jika betul caranya, kulit akan kembali tegang serta jerawat juga dapat diatasi.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!
Shopping Cart
Scroll to Top