Petua Lobak Merah Untuk Awet Muda

Kulit berkedut sememangnya perkara lumrah namun ia boleh dilambatkan dengan mengamalkan petua tradisional. Langkahnya begitu mudah iaitu dengan memarut sebatang lobak merah yang sudah dibersihkan. Campurkan bersama satu sudu tepung jagung serta satu biji kuning telur. Sebatikan bancuhan dan selepas itu sapukan pada keseluruhan kulit. Bagi mendapatkan hasil yang berkesan, amalkan petua ini sekali dalam sehari. Jika petua ini diamalkan dengan betul, kedutan akan berkurangan sedikit demi sedikit malah akan tampak lebih muda daripada usia sebenarnya.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!
Shopping Cart
Scroll to Top