POSTAGE SELURUH MALAYSIA

Petua Hilangkan Kedutan di Wajah

Sudah menjadi lumrah, apabila usia meningkat, muncullah kedutan di wajah. Untuk menghilangkan kedutan di wajah dan menegangkan kulit, potong separuh timun dan kisar hingga halus. Campurkan dengan sebiji telur dan sesudu madu. Sapukan pada wajah kecuali mata dan bibir. Biarkan sehingga wajah menegang. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air. Cubalah dan anda akan lihat kesan yang menakjubkan. Untuk kesan lebih baik, lakukan dua kali sebulan. Selamat mencuba.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!