Petua Cantikkan Seri Wajah Menggunakan Beras

Ibu yang baru melahirkan anak biasanya akan berdepan dengan masalah wajah pucat dan lesu. Bagi mengembalikan keserian wajah, amalkan petua dengan menyediakan secawan beras yang telah dibersihkan dan kemudiannya dikisar. Setelah itu ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya dan kisar. Satukan beras dan kunyit tadi bersama air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang pekat. Sebelum menyapukan bedak sejuk itu, pastikan wajah telah dicuci bersih terlebih dahulu. Gosokkan juga bedak sejuk sehingga ke bahagian leher dan biarkan ia kering dengan sendirinya. Amalkan petua ini sebanyak tiga malam berturut-turut.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!
Shopping Cart
Scroll to Top