Kesan Tidur Tidak Mencukupi

Table of Contents

Ramai yang menyedari pentingnya tidur yang cukup kepada seseorang itu, tetapi terdapat beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan bagi seseorang itu untuk mendapatkan tidur secukupnya. Antaranya seperti, perlu menyelesaikan sesuatu kerja dengan cepat, gangguan tidur/insomnia dan gaya hidup masa kini seperti kegiatan sosial sehingga larut malam. 

Sebaiknya seseorang individu itu perlu mendapatkan tidur yang cukup untuk kebaikan diri samada untuk masa yang singkat mahupun jangka masa yang panjang.

Kesan dalam jangkamasa yang singkat:

  1. Menyebabkan kurangnya tumpuan pada aktiviti harian.
  2. Mengantuk/ berasa letih.
  3. Mudah marah.
  4. Menjejaskan daya ingatan, mengurangkan produktiviti.
  5. Bengkak bawah mata / mata merah.

Kesan dalam jangkamasa yang panjang:

  1. Memberi kesan kepada kesihatan, terutama apabila semakin berusia seperti mudah mendapat tekanan darah tinggi dan sakit jantung.
  2. Memberi kesan kepada kecantikan, seperti menimbulkan lingkaran gelap pada sekitar mata dan mempercepatkan proses penuaan.
  3. Mengurangkan efisiennya sistem imunisasi badan.
  4. Mudah diserang sakit kepala.

Oleh itu, untuk mengelakkan masalah-masalah ini, sebaiknya seseorang dewasa memerlukan masa tidur antara tujuh ke lapan jam setiap hari. Bagi golongan remaja, sembilan jam adalah masa tidur secukupnya untuk mereka memulakan hari berikutnya. la berlainan dengan kanak-kanak berusia bawah 2 tahun yang memerlukan lebih waktu tidur iaitu sehingga 16 jam sehari untuk membantu mereka membesar dengan sempurna dan sihat.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!
Shopping Cart
Scroll to Top