Table of Contents
Pohon kelapa semula jadinya mempunyai banyak manfaat yang baik untuk kegunaan manusia. khususnya bagi penduduk di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik. Tidak dapat dinafikan pohon kelapa menjadi sebahagian dari hidup dan tradisi terutamanya bagi orang orang Melayu di Malaysia.
Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara telah lama diberikan publisiti negatif sehingga menjadikan industri kelapa negara berkubur. Tiada siapa berminat untuk memproses minyak kelapa kerana dikatakan tidak elok untuk Kesihatan.
Sungguhpun demikian minyak kelapa dara yang berbeza dari minyak kelapa biasa adalah suatu rahsia alam yang tidak ternilai. Sehebat pohon kelapa yang mempunyai seribu guna, begitulah juga minyak kelapa dara, penuh dengan pelbagai khasiat dan fungsi.
Kajian saintifik minyak kelapa dara
Walaupun dilabel dengan kesan buruk pada awalnya, minyak kelapa dara telah terbukti dengan sendirinya mempunyai khasiat yang baik dan diakui dengan kajian saintifik. Kajian ini diperoleh secara langsung dan tidak langsung yang membuktikan khasiat minyak kelapa dara.
Rambut dan gigi yang kuat
Masyarakat yang mengamalkan makanan berasaskan kelapa mempunyai gigi yang kuat selain itu mereka juga mempunyai rambut dan kulit yang cantik walaupun terdedah kepada cahaya matahari dengan banyak.
Sihat dari penyakit kronik
Kajian juga mendapati bahawa masyarakat yang tinggal di pulau dan mengamalkan pemakanan dari pokok kelapa mempunyai bacaan kolestrol yang rendah, tiada kanser, tiada penyakit kronik, dan mempunyai berat badan yang ideal.
Melawan mikro
Kajian mendapati bahawa santan kelapa juga tidak lepas dari mempunyai fungsi melawan virus, bakteria, parasit, dan kulat.
Turunkan berat badan
Saintis barat juga menemui kajian bahawa minyak kelapa dara juga berupaya menurunkan berat badan yang berlebihan. Minyak kelapa dara ini berfungsi sebagai pembakar lemak semulajadi.
Beza minyak kelapa dara dan minyak biasa
Minyak kelapa dara adalah minyak diproses tanpa menggunakan sebarang haba atau bahan kimia. Ini menyebabkan struktur dalaman asal minyak kelapa dara terpelihara dan dapat mengekalkan sifat sifat antivirus dan anti bakterianya. Dalam memproses minyak kelapa dara secara komersial, biasanya haba dan bahan kimia digunakan. Penggunaan haba dan kimia ini menyebabkan struktur dalaman minyak kelapa biasa terganggu dan berubah.
Khasiat minyak kelapa dara
Melihatkan kekuatan dan sifat minyak kelapa dara, saintis barat cuba mencari kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Kajian-kajian seterusnya mendapati minyak kelapa dara juga memberi pelbagai khasiat lain seperti berikut:
- meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
- meningkat kadar metabolisma badan
- anti oksida, anti virus, anti bakteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi
- meningkat fungsi kelenjar tairoid
- melindungi daripada sinaran cahaya matahari ultra violet
- tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
- meningkat proses pencernaan dan proses penyerapan zat-zat makanan dan boleh membakar lemak.
- Memperbaiki pertumbuhan sel kulit, kulit rambut dan badan manusia
- membekal sumber tenaga dengan cepat
- mengurangkan kesan penuaan dan garis kedutan pada kulit, melembab dan melembutkan kulit
- mengurangkan kesan keracunan makanan
- membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
- menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengurangkan risiko kesan kelemumur pada rambut
- mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis
- mengurangkan risiko dan kesan demam, batuk, selsema dan lelah
- mengurangkan risiko dan kesan batuk , dan resdung
- mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
- mengurangkan risiko dan kesan buasir dan sembelit
- mengurangkan risiko dan kesan hepatitis
- mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan ulser mulut
- mengurangkan risiko dan kesan sakit gigi, gusi dan kesan jangkitan mata dan telinga
- mengurangkan risiko dan kesan kanser dan leukimia
- mengurangkan risiko jangkitan psoriasis dan penyakit kulit
- mengurangkan risiko dan kesan denggi dan malaria
- mengurangkan risiko dan kesan angin ahmar
- mengurangkan risiko dan kesan chronic fatigue syndrome
- mengurangkan risiko dan kesan osteoporosis
- mengurangkan risiko dan kesan penyakit hempedu, hati dan radang paru-paru
Akhir kata
Minyak kelapa dara telah terbukti mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan manusia. Maka tidak hairan pokok kelapa digelar sebagai pokok kehidupan di seluruh dunia. kini terdapat banyak produk yang berasaskan minyak kelapa dara yang boleh didapati. anda boleh mendapatkan produk minyak kelapa dara ini di mana kedai farmasi atau boleh membeli secara dalam talian Shopee.