POSTAGE SELURUH MALAYSIA

Kenali Apa Itu Selulit Punca dan Cara Menghilangkan Selulit

Table of Contents

Bermasalah dengan selulit? tentu anda seboleh-bolehnya tidak mahu terbabit dengan masalah seumpama ini. Apalagi jika ia berkaitan imej dan kecantikan diri. Keindahan kulit bagi para wanita menjadi satu aset yang paling berharga. Oleh itu, rasa tidak selesa pasti akan muncul apabila melihat kulit mula timbul selulit.

Apa itu selulit

apa itu selulit ? selulit terbentuk daripada gumpalan-gumpalan minyak, sisa-sisa metabolisme dalam tubuh dan air yang terperangkap di bawah kulit. Selulit boleh menyerang mana-mana wanita samada wanita yang memiliki bentuk badan kurus mahupun bentuk badan berisi. Selulit biasanya tumbuh di bahagian kulit seperti pinggul, paha, petis, perut mahupun lengan. Kulit yang mengalami selulit akan kelihatan lebih kendur kurang anjal dan kering, keadaan ini pasti mengganggu keyakinan seseorang wanita. Walaupun selulit menyerang kebanyakan wanita tetapi tidak bermakna lelaki tidak mengalami masalah seumpama ini. 

Perlu diingat, jika selulit tidak diatasi dengan cepat, kemungkinan ia akan semakin menebal dan boleh menyebabkan perjalanan pembuluh darah terbantut. Terdapat beberapa faktor penyebab kepada timbulnya masalah selulit di permukaan kulit seperti pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, diet yang tidak teratur, merokok, ataupun mengalami tekanan.

Punca selulit

Faktor pemakanan adalah penyumbang terbesar kepada masalah selulit. Antaranya pengambilan minuman yang mengandungi alkohol, kopi dan teh, makanan pedas dan mengandungi banyak garam, lemak, minyak dan makanan bergoreng serta makanan yang banyak mengandungi bahan pewarna dan pemanis.

4 Cara menghilangkan selulit

Ketika anda berdiri tegak, permukaan kulit tampak halus. Ketika dicubit, yang anda lihat adalah lipatan halus tanpa efek ‘kulit jeruk’. Ini menandakan adanya timbunan lemak, bukan selulit. Timbunan lemak ini berpotensi menjadi selulit. Untuk mengatasi masalah ini, anda harus kerap mengamalkan senaman dan beriadah untuk mengurangkan timbunan lemak tersebut.

Apabila anda berada dalam posisi berdiri tegak, permukaan kulit akan kelihatan halus. Tapi ketika dicubit, Anda akan dapati terdapat lipatan seperti lekukan-lekukan kecil yang halus seperti lesung pipit. Apa yang anda harus lakukan adalah mengamalkan pengambilan air masak yang cukup setiap hari disertai dengan senaman yang teratur. 

Apabila anda berada dalam posisi baring kulit anda kelihatan terlalu halus, namun apabila berdiri kulit anda wujud kerutan halus seperti kulit jeruk di sekitar paha. Maka, apa yang perlu anda lakukan adalah mengamalkan diet yang seimbang, minum air masak sebanyak mungkin dan juga bersenam setiap hari.

Selulit akan kelihatan sangat jelas tidak kira duduk ataupun berdiri tanpa harus dicubit. Jika anda sudah mencapai tahap ini, maka sangat sukar bagi anda untuk menghilangkan selulit tersebut.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!