Cara Hapuskan Jerawat

Wanita sememangnya sensitif jika terdapat jerawat di wajah. Oleh itu, cuba petua ini. Mula-mula, ambil putih telur dan simpan di dalam peti sejuk selama tiga jam. Kemudian, ambil beberapa daun lidah buaya dan ambil patinya untuk dicampurkan dengan pati limau nipis. Seterusnya, campuran kedua-dua pati tersebut dicampurkan sekali dalam putih telur. Simpan dalam botol bagi memudahkan penggunaan. Sapu pada muka, biarkan 10 minit sebelum bilas dengan air. Lakukan sebelum dan selepas bangun tidur. Amalkan setiap hari, insya- Allah, pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!
Shopping Cart
Scroll to Top