POSTAGE SELURUH MALAYSIA

Cara Diet Makanan Untuk Menurunkan Berat Badan

Table of Contents

Punca utama wujudnya masalah berat badan ialah disebabkan pengambilan makanan yang tidak berpada-pada. Selain kuantiti yang banyak, kita juga tidak menyedari kandungan makanan yang masuk ke dalam tubuh. Sedikit demi sedikit lemak dan kalori akan bertambah sekali gus mendatangkan masalah berat badan. Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan cara diet makanan untuk menurunkan berat badan dengan betul. 

beberapa tip cara diet makanan untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut:

10 Cara Diet Makanan Untuk Menurunkan Berat Badan

Jangan lupa air kosong

Air kosong adalah perlu bagi tubuh kerana badan memerlukan air untuk membawa elektrolit zat. Ia tidak hanya bertindak untuk mengeluarkan toksin-toksin yang ada di dalam badan bahkan akan membuatkan tubuh berasa lebih sihat. Paling bagus mengenai air putih ialah ia langsung tidak mempunyai kalori.

Elakkan makanan manis hindari lemak

Jauhkan diri daripada manis yang terdapat di dalam air botol terutamanya minum berkarbonat. Ramai yang sedia maklum bahawa air berkarbonat adalah jenis air yang mengandungi gula yang tinggi. Lebih banyak gula boleh dikurangkan di dalam air botol, adalah lebih baik untuk kesihatan tubuh. Jika anda sukar berhenti dari minuman manis, anda boleh cuba adaptasi dengan mengurangkan kadar pengambil gula sikit demi sedikit.

Minum jus untuk kurus

Bagi yang suka minum jus buah-buahan, dicadangkan agar mencuba jus buah tomato dan tembikai. Jus tomato dan tembikai ini mempunyai kandungan air yang tinggi dan kadar gula semulajadi yang rendah. Ia boleh dimakan tanpa perlu risau memikirkan berat badan yang akan naik.

Elakkan gula dalam minuman

Ramai di antara kita gemar memesan minuman jus buah-buahan ketika makan di luar. Tahukah anda, makan buah-buahan segar adalah lebih baik daripada meminum jusnya? Ini kerana minuman jus akan ditambah dengan gula sedangkan buah- buahan segar memiliki gula semulajadi dan membekalkan banyak fiber yang diperlukan oleh tubuh.

Sayur-sayuran untuk diet seimbang

Adalah bagus jika anda ialah penggemar sayur-sayuran hijau. Pengambilannya merupakan antara cara terpantas untuk mengurangkan lemak di badan. Ini boleh dilihat pada mereka yang mengamalkan makanan seperti salad akan kelihatan lebih langsing dan sihat.

Biasakan berkata “tidak” untuk makan

Pantang sahaja nampak makanan, semuanya ingin dijamah. Persepsi sebegini harus diubah menjadi makan hanya apabila perut terasa lapar. Adakalanya diet boleh rosak hanya disebabkan satu majlis yang dihadiri. Andai anda dijemput untuk menjamu selera, usah tolak pelawaan itu sebagai tanda hormat tetapi awasi kuantiti makanan yang diambil.

Elakkan makanan bergorang

Makanan bergoreng adalah sangat ditegah jika anda dalam proses untuk mengurangkan berat badan. Lagi banyak makanan bergoreng dielakkan, lagi cepat pengurangan berat badan dapat dicatat. Pengambilannya sama sekali tidak disarankan kerana makanan ini dimasak dengan menggunakan minyak. Meski pun sudah ditos namun minyaknya masih banyak terselindung dalam makanan dan sukar untuk dihilangkan.

Kurangkan garam dalam makanan

Makanan masin atau bergaram mempunyai penggemarnya tersendiri. Mungkin ramai yang tidak tahu, pengambilan garam yang berlebihan juga boleh menjadi punca kepada masalah obesiti. Jadi pastikan masakan anda hanya menggunakan garam yang sedikit dan jika boleh, kurangkannya sedikit demi sedikit.

Senaman untuk kurus

Selain masakan, senaman juga boleh membantu pembakaran lemak. Anda boleh melakukan senama secara berkala seperti sekali setiap 3 hari. Pastikan ada hari yang mana anda tidak bersenam atau hari rehat bertujuan untuk recovery pada otot anda. Jika dilakukan dengan betul, senaman ini turut dapat membakar lemak. Selain itu dengan senaman juga otot badan akan lebih sihat dan anda tidak kelihatan kurus keding.

Banyakan aktiviti bakar kalori

Akhir sekali anda mungkin boleh menyertai pelbagai aktiviti, contohnya kelas tarian. Tarian merupakan cara bagus untuk membakar lebihan kalori. Tarian yang sesuai ialah tarian rancak dan jika aktiviti ini dilakukan dengan konsisten, anda akan dapat melihat hasilnya.

Akhir kata

Untuk menurunkan berat badan anda sebenarnya tidak perlu untuk bersenam, sebaliknya yang perlu dilakukan ialah dengan menjaga pengambilan kalori harian sudah memadai untuk membakar lemak di badan. Namun jika inginkan kesan turun berat  yang lebih cepat maka anda boleh melakukan senaman dengan cara yang batul.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!