POSTAGE SELURUH MALAYSIA

Berhati-hati di Hari Raya

Setiap kali menjelang musim perayaan, pelbagai musibah dan kemalangan dilaporkan di media massa. Angka kemalangan jalan raya, jenayah pecah rumah dan bencana kebakaran sering bertukar peratusan. Lebih membimbangkan, semakin kerap langkah dan tindakan diambil untuk mengurangkan dan mengelak kemalangan seperti ini, semakin meningkat jumlah yang dicatatkan

Walaupun pelbagai langkah berjaga-jaga dilakukan bagi mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku sepanjang menjelang perayaan, namun jika sudah ditakdirkan berlaku, ia tetap berlaku. Seperti kata pepatah, malang tidak berbau. Pun demikian, selain suratan takdir, tidak dinafikan faktor kecuaian manusia juga merupakan antara sebab berlakunya kecelakaan dan kemalangan.

Kecuaian ketika memandu di perjalanan membuatkan berlakunya kemalangan jalan raya. Sikap sambil lewa tanpa memeriksa terlebih dahulu keselamatan rumah ketika ditinggalkan juga boleh mengundang kecelakaan yang tidak diingini seperti kebakaran, pecah rumah dan sebagainya.

Justeru bagi mengelak sebarang musibah yang tidak diingini berlaku, kita perlu sentiasa bersikap berhati-hati ketika ingin meninggalkan rumah mahupun ketika berada di jalan raya. Jangan terlalu mengikutkan nafsu ketika memandu dan pastikan segala pintu dan tingkap rumah dikunci rapi. Minta bantuan dan panduan keselamatan daripada pihak polis atau jiran berdekatan bagi memastikan syurga kediaman anda tidak menjadi tempat pencuri meraih untung. Pengalaman pahit yang pernah dialami tiga mangsa pecah rumah, kebakaran dan

kemalangan ini mungkin dapat dijadikan iktibar. Jangan biarkan kemeriahan menyambut lebaran diselubungi duka dan air mata.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!