Apa Itu Manjakani? Khasiat & Cara Makan Manjakani

Table of Contents

Sejak dahulu lagi masyarakat melayu banyak menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti buah, pucuk daun, dan herba untuk tujuan kesihatan dalam wanita. Khasiat-khasiat dari alam semulajadi ini sangat berkesan dalam memberi nutrisi dan dalaman wanita. Salah satu bahan semulajadi yang digunakan untuk tujuan kesihatan adalah buah manjakani.

Apa itu manjakani? Manjakani bukan buah

Dalam kajian terbaru mendapati Manjakani atau dikenali dengan nama Quercus lusitanica dikatakan adalah sejenis keradangan yang berpunca daripada suntikan serangga gall wasp pada kulit pokok oak. 

Antara kegunaan manjakani sejak dari dulu adalah dengan merawat tonsil di dalam mulut. Dengan mengamalkan berkumur dengan air rebusan manjakani boleh menghilangkan tonsil. Ini kerana manjakani berfungsi untuk mempercepatkan proses pengecutan tisu badan. 

Manjakani sangat kaya dengan nutrisi.  Antara bahan mineral dan vitamin yang terdapat pada manjakani adalah tannin, asid tanik, anti oksida, vitamin C dan A,  serat, dan kalsium.

Khasiat buah manjakani

Antara manfaat utama manjakani adalah untuk merawat masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan. Manjakani yang kaya dengan tannin juga berfungsi untuk merapatkan otot kelamin wanita. Kandungan vitamin dan mineral di dalam manjakani juga berupaya membasmi bakteria yang menyebabkan keputihan.

Di zaman dahulu, manjakani digunakan secara meluas untuk merawat ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Antara kebaikan manjakani untuk ibu bersalin adalah mengetatkan otot vagina yang longgar selepas bersalin. 

Manjakani mempunyai sifat astringent yang mana berfungsi untuk mempercepatkan proses pengecutan tisu badan. Jika anda mengalami masalah tonsil, dengan mengamalkan berkumur dengan air rebusan manjakani ini boleh mengecutkan tonsil yang bengkak. 

Manjakani juga berfungsi untuk menegang organ kulit. Justeru, manjakani juga boleh merawat masalah seperti payudara kendur dan kulit muka berkedut. 

Antara lain-lain khasiat manjakani adalah:

  1. Sebagai ubat perancang hamil
  2. Awet muda
  3. Menghalang pertumbuhan kanser
  4. Menegang kulit
  5. Melembabkan kulit yang kering
  6. Melancarkan sistem pencernaan
  7. Merawat jerawat
  8. Mencegah kencing manis

4 Cara makan manjakani

Sebagai makanan

Manjakani boleh sahaja dimakan terus tapi pastikan direbus dahulu bagi melembutkan tekstur manjakani itu. Namun untuk memakan terus manjakani ini tidak disarankan kerana rasa buahnya yang sangat pahit. 

Sebagai krim sapu

Manjakani boleh digunakan sebagai krim sapu pada kulit, dapatkan beberapa biji manjakani rebus hingga lembut dan buat kulitnya. Seterusnya picit manjakani yang telah direbus tadi, akan keluar cecair dan lendir getah manjakani. Cecair dan lendir manjakani ini boleh dijadikan krim sapu di muka atau seluruh badan. Selesai sapu, tunggu hingga kering sebelum bilas dengan air bersih. 

Sebagai air minum

Manjakani juga sesuai dijadikan sebagai air minuman. Mudah sahaja caranya ambil beberapa biji manjakani. Rebus di dalam air bersih hingga menggelegak kemudian minum air rebusan tadi. Air ini juga boleh dijadikan air mandian terutamanya bagi membersihkan kawasan kelamin wanita.

Ditanak bersama nasi

Buah manjakani juga boleh ditanak bersama nasi, pastikan bagsu dahulu manjakani sebelum di masukkan bersama nasi yang ditanak.

Pantang larang manjakani

Elakkan pengambilan manjakani setiap hari. Menurut pakar bidan terdapat kesan sampingan apabila mengambil manjakani setiap hari. Rujuk pakar sakit puan jika perlu

Untuk ibu yang baru bersalin, jangan pengambil manjakani atau sebarang jamu perapat sebelum 31hari. Rujuk pakar sakit puan jika perlu

  • Minum air masak dengan cukup, elakkan badan kehausan
  • Elakkan mencampur pengambilan dengan jamu-jamu lain
  • Elakkan meminum air kelapa
  • Elakkan makan tebu, tembikai, dan tapai
  • Elakkan makan durian
  • Elakkan minum kopi

Akhir kata

Tidak dinafikan manjakani adalah bahan semulajadi yang bagus untuk kesihatan terutamanya kesihatan dalaman wanita. Dengan kandungan yang bernutrisi membantu menyelesaikan masalah dalaman wanita. Namun, pengambilan manjakani juga harus mengikut kadar dan waktu yang tertentu sahaja. Ini kerana terdapat juga kajian saintifik menunjukkan kesan sampingan penggunaan manjakani dalam kalangan wanita.  

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!
Shopping Cart
Scroll to Top