Anemia Semasa Mengandung Bahaya Anemia Pada Ibu Hamil

Table of Contents

Apa itu anemia? Anemia merujuk kepada masalah kurang sel darah merah semasa mengandung berdasarkan nilai hemoglobin. Ibu yang mengandung akan menghidap anemia apabila nilai bacaan hemoglobin dalam darah kurang dari 11gm%. Tahap keterukan kekurangan darah bergantung pada nilai hemoglobin dan jika hemoglobin kurang dari 5 gm% dikira tahap paling teruk dan biasanya memerlukan pemindahan darah dengan segera.

Penyebab anemia pada ibu hamil

Anemia merupakan perkara biasa yang berlaku kepada wanita hamil. Apabila mengandung, akan berlaku banyak perubahan dalam badan termasuklah sel darah dan jumlah kandungan cecair yang meningkatkan komponen utama dari air dan darah. Ini akan menyebabkan anemia boleh berlaku terutama pada semester kedua dan keperluan darah oleh bayi dlm kandungan juga meningkat.

Kebiasaanya anemia semasa mengandung berpunca kerana kekurangan zat besi (iron deficiecy anaemia). Selain itu, beberapa faktor lain juga boleh menyebabkan anemia semasa hamil seperti penyakit buah pinggan, thalasemia, SLE, sakit jantung, buasir kronik, jangkitan cacing, penyakit darah seperti leukemia. Oleh sebab itu, apabila seseorang ibu itu didapati anemia, doktor akan cuba memastikan apakah sebab di sebalik kurang darah dan rawatan seterusnya bergantung kepada sebab kurang darah tersebut,” jelasnya.

Gejala anemia pada ibu hamil

  • Ibu hamil akan mengalami masalah cepat letih atau
  • Kulit, bibir dan kuku menjadi pucat.
  • Kerap berdebar atau nadi laju, sesak nafas dan lelah semasa mengandung.
  • Semasa melahirkan, ibu yang anemia mempunyai risiko tumpah darah yang berlebihan semasa dan selepas bersalin
  • Kegagalan jantung, cepat letih.
  • Kelewatan kesembuhan luka/jahitan
  • Kurang pengeluaran susu.
  • Kesan pada bayi biasanya kandungan akan lebih kecil dari sepatutnya (IUGR) dan ada risiko lahir kecil atau tidak cukup bulan (pramatang) dan bayi juga ada risiko kurang darah.

Rawatan anemia

Rawatan anemia biasanya bergantung kepada sebab serta tahap anemia itu. Biasanya jika hemoblobin 8-10gm%, diet yang tinggi zat besi seperti sayuran hijau terutama bayam, makanan laut seperti kerang, makanan dalaman seperti hati, limpa. Doktor juga akan menambahkan pil zat besi (ferous sulphatef/ferous fumarate/iberet) untuk diambil lebih kerap bergantung kepada tahap keterukan anemia.

Antara cara lain yang dilakukan termasuklah suntikan cecair zat besi pada punggung secara berkala dan juga memasukkan zat besi secara infusi ke salur darah (intravena) dan biasanya ini dilakukan bagi kes ibu-ibu yang tidak dapat menelan pil atau tiada tindak balas dengan pil. Memasukkan darah adalah salah satu rawatan yang dilakukan apabila anemia agak teruk, pesakit mengalami tanda-tanda kegagalan jantung atau terlalu hampir dengan kelahiran.

Rawatan anemia semasa mengandung

  • Mengambil zat besi atau asid folik tambahan dengan memperbanyakkan makanan yang tinggi kandungan zat besi dan asid folik.
  • Menjalani pemeriksaan secara rutin.
  • Mengambil vitamin B12 tambahan.
  • Mengambil lebih makanan jenis ‘berdarah seperti daging merah tanpa lemak, ayam dan ikan.
  • Sayur-sayuran hijau, bayam, brokoli dan kailan.
  • Makanan yang tinggi vitamin C dan buah-buahan sitrus

Akhir kata

Kesimpulan, pastikan anda mendapat diet yang sempurna dan pengambilan pil vitamin dan zat besi penting terutama ibu-ibu berkerjaya yg sibuk dan tidak dapat makan mengikut keperluan untuk ibu mengandung. Pastikan tahap hemoglobin anda normal sebelum mengandung dan jika ada masalah bertemu doktor agar sebarang masalah atau penyebab anemia dapat dikenal pasti sebelum mengandung. Jika anda kurang darah, pastikan mengikut nasihat doktor dan pastikan hemoglobin anda diambil secara berkala untuk memastikan nilainya mencapai 11gm%.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!
Shopping Cart
Scroll to Top