9 Tips Kurus Sebulan Sebelum Kahwin

Bakal pengantin terutamanya wanita pasti memikirkan keterampilan untuk kelihatan lebih cantik di hari perkahwinan. Salah satu faktor utama yang dititik beratkan adalah berat badan. Bakal pengantin sudah pastinya menginginkan bentuk badan yang cantik dan langsing di hari perkahwinan.

Justeru itu, penjagaan pemakanan penting untuk kelihatan langsing sebelum tiba hari perkahwinan. Anantara tips kurus sebulan sebelum kahwin adalah seperti berikut

9 Tips Kurus Sebulan Sebelum Kahwin

  1. Boleh mengamalkan pemakanan rendah lemak seperti meminum produk tenusu rendah lemak seperti susu, yogurt, dan cheese. 
  2. Memakan bijian seperti nasi perang, oat, pasta. Namun elakkan mengambil dalam kadar yang banyak kerana makanan ini mengandungi karbohidrat yang tinggi. 
  3. Sayur dan buah-buahan segar paling penting untuk kulit segar dan berseri. Jika anda kurang makan sayur, anda boleh mengamalkan smoothie. Kisar sayur sayuran dan buah-buahan sekali untuk rasa yang lebih sedap.
  4. Bakal pengantin juga digalakkan untuk  memakan lebih protein bagi memberi sumber yang baik untuk otot badan. Amalkan memakan telur rebus, dan ayam rebus juga bagus untuk badan.
  5. Amalkan puasa sunat isnin khamis juga boleh merehatkan sistem pencernaan dan mengurang kan pengambilan kalori mingguan anda.  
  6. Jangan ambil makanan atau minuman beralkohol. Selain tidak sihat untuk sistem pencernaan ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-pentakit lain.
  7. Baca label produk sebelum membeli barang makanan atau minuman. Pastikan kandungan gulanya adalah rendah.
  8. Kurangkan pengambilan makanan yang telah diproses. Biasanya makanan yang telah diproses mengandungi perisa tambahan yang tinggi kandungan gula dan lemaknya.
  9. Elakkan mengambil makanan yang tinggi gula seperti kek, pastri, biskut, coklat dan makanan ringan yang mengandungi banyak lemak dan minyak.

Berikut adalah beberapa tips kurus sebulan sebelum kahwin yang boleh diamalkan untuk bakal pengantin untuk kelihatan lebih cantik dan menawan sebelum tibanya hari perkahwinan. Selamat mencuba!

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!
Shopping Cart
Scroll to Top