Kebaikan Halia Sebagai Petua Buang Angin Dalam Badan

Seperti yang kita ketahui semakin umur meningkat pelbagai masalah kesihatan akan timbul sekiranya kita tidak menjaga pemakanan dan cara kehidupan seharian kita. Masalah utama bagi wanita terutama selepas beranak adalah angin dalam badan yang boleh menyebabkan sengal-sengal badan. 

Cara paling senang dan mudah untuk mengatasi angin dalam badan adalah dengan menggunakan halia dan sesudu lada hitam. Tumbuk halus kedua-dua bahan ini dengan sedikit air. Kemudian ambil sepotong kain berukuran lebar saiz kaki. Letakkan bahan yang telah sedia ditumbuk tadi ke dalam kain lalu dibalut dengan kemas agar bahan di dalamnya tidak terkeluar. Amalkan petua ini ketika ingin tidur. Anda akan merasa segar apabila  angin telah diserap ke dalam kain tersebut. Lakukan sekerap mungkin untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!
Shopping Cart
Scroll to Top