POSTAGE SELURUH MALAYSIA

6 Petua Awet Muda Dan Muka Berseri

Table of Contents

PROSES penuaan bermula apabila usia menjejak angka 20-an kerana pada ketika ini garis-garis penuaan mula kelihatan pada wajah. Beberapa kajian genetik telah membuktikan bahawa anti penuaan berlaku kesan perubahan kolagen  iaitu tisu-tisu yang saling berhubung, berfungsi untuk menegang, melembut dan melicinkan kulit. Pun begitu kesan genetik menunjukkan setiap individu mengalami kadar pengenduran dan penuaan yang berbeza-beza.

Kulit akan mengendur, kering, kurang lembut dan licin apabila lapisan lemak semakin berkurangan. Salah satu cara untuk mengatasi kehadiran garis halus penuaan, kedutan dan tanda-tanda penuaan yang lain adalah dengan mengelakkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Atau anda juga boleh menggunakan penahan sinar suria dengan menggunakan losyen SPFs 15.

Setelah beberapa tahun membuat kajian, para saintis, ahli dermatologi dan pakar pembedahan plastik menemui kepelbagaian kandungan bahan-bahan semulajadi dan ekstrak vitamin yang boleh membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan garis-garis penuan pada kulit wajah. Bahan ini kini sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan dan penjagaan wajah dan tubuh.

6 petua awet muda dan muka berseri

Vitamin A atau Retinol

Vitamin A atau retinol dipercayai dapat membantu membina gentian kolagen dalam kulit sekaligus melakukan aktiviti pengelupasan secara lembut pada bahagian lapisan atas kulit yang dipercayai amat berkesan untuk melambatkan kehadiran garis-garis penuaan.

Vitamin C

Vitamin C atau askorbik asid berfungsi sebagai anti oksida dan amat berkesan menyembuhkan luka.Vitamin C membantu menstabilkan kolagen dalam kulit. Vitamin C boleh mengurangkan garis halus, kedutan dan dapat mengurangkan kesan melecur terbakar jika diambil secara konsisten.

Vitamin E 

Vitamin E ialah salah satu daripada  antioksida yang berfungsi untuk mengelakkan kulit dari kemerah-merahan atau radang kulit. Penggunaan vitamin E berkesan untuk meningkat & memperbaiki kadar kelembapan kulit, melembutkan dan melicinkan kulit.

Asid Alpha Hydroxy (AHAS)

AHAs berfungsi untuk melicinkan garis halus, kedutan dan memperbaiki tekstur kulit serta tona warna. Selain itu, AHAs juga boleh membersihkan pori-pori yang tersumbat dan memperbaiki tekstur kulit yang berminyak dan berjerawat.

Ekstrak Teh Hijau

Ekstrak teh hijau banyak terdapat di dalam kandungan produk-produk penjagaan kulit. la dirumus untuk mengurangkan bengkak, kedutan, garis halus dan liang pori-pori yang besar.

Asid Glikolik

Asid glikolik sangat baik untuk penjagaan kulit. la berfungsi untuk membentuk semula kolagen bagi membantu memejal dan melicinkan kulit agar lebih muda. Ia turut mengurangkan kedutan pada permukaan wajah. Asid glikolik juga telah terbukti berkesan untuk merawat jerawat dan digunakan secara meluas dalam penghasilan produk kosmetik

Akhir Kata

Memiliki kulit yang cantik di usia tua bukan suatu yang mustahil masa kini. petua awet muda dan muka berseri dia atas adalah antara petua yang boleh diamalkan untuk kesihatan kulit yang baik. Anda boleh guna menggunakan produk-produk dipasaran yang telah terbukti bagus untuk kesihatan kulit. 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!