POSTAGE SELURUH MALAYSIA

6 Langkah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya

1. Celik kempen jalan raya

Setiap tahun pihak polis akan mengadakan kempen keselamatan jalan raya, Kempen ini biasanya dilakukan anjuran bersama Majlis Daerah, Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan badan bukan kerajaan dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna agar berhati-hati di jalan raya sebelum memulakan perjalanan. Justeru kita sebagai pengguna perlu mengambil peluang yang ada bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Luangkan sedikit masa anda untuk mendengar dan mengikuti setiap kempen yang dianjurkan,

2. Rancang awal perjalanan 

Anda juga dinasihatkan agar merancang sesuatu perjalanan terlebih dahulu. Pastikan anda tidak terikat dengan sebarang masalah kerja atau halangan lain sebelum pulang ke kampung atau pergi bercuti. Jika ada halangan, selesaikan dulu kemudian barulah bertolak dengan selamat dan aman Kata orang biar lambat asal selamat. Maksud pepatah ini, lambat bertolak ke suatu tempat kerana menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu bukannya bergerak secara perlahan sehingga menimbulkan masalah kepada pemandu lain.

3. Dapatkan rehat yang cukup

Memandu juga sebenarnya seperti bersukan yang memerlukan kecerdasan fizikal dan mental. Pastikan diri kita mendapat rehat yang secukupnya dan barulah boleh memandu dalam keadaan cergas. Kalau fizikal dan mental kita dalam keadaan lesu dan tidak bermaya akan menyebabkan anda berasa tidak selesa sepanjang pemanduan. Sekiranya dalam perjalanan kita terasa penat, berehatlah sebentar di pondok rehat yang disediakan. Apabila tubuh berasa segar, bolehlah meneruskan perjalanan semula.

4. Service kereta anda

Sebelum memulakan perjalanan juga, kenderaan perlulah diservis di pusat servis yang berhampiran. Pastikan enjin dalam keadaan baik, begitu juga dengan keadaan tayar yang cukup bunganya. Banyak kemalangan berlaku disebabkan tayar kenderaan botak dan kenderaan sudah lama tidak diservis. Jangan kedekut untuk mengeluarkan wang kerana apa yang penting nyawa orang tersayang yang kita bawa selamat.

5. Jaga mood 

Perjalanan ke kampung halaman pastinya akan melalui suatu tempoh yang panjang. Justeru, keselesaan penumpang terutamanya keluarga kita perlu diutamakan. Jangan sesekali dalam perjalanan kita bertengkar sesama pasangan kerana boleh mempengaruhi ‘mood’ pemandu etika memandu. Pastikan seisi keluarga berada dalam keadaan ceria agar perjalanan pulang ke kampung selamat dan menggembirakan.

6. Patuhi undang-undang

Perkara paling penting yang perlu diberi perhatian oleh pemandu adalah patuhi undang-undang jalan raya. Sebagai pemandu kita perlu bersikap peka terhadap panduan lalu lintas yang terpamer di setiap jalan raya atau lebuh raya kerana membawa makna tersendiri. Banyak orang yang tidak mengendahkan panduan lalu lintas ini hingga mengakibat kan kemalangan. Kita juga perlu memandu mengikut had laju yang dibenarkan. Misalnya di lebuh raya, had laju yang dibenarkan adalah 110 km.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!