POSTAGE SELURUH MALAYSIA

5 Tips Diet Selepas Raya

Table of Contents

Musim perayaan menandakan musim limpahan pelbagai jenis juadah sehingga membuatkan kita rambang mata dan terasa ingin merasa semua jenis hidangan istimewa yang disajikan

Namun tahukah anda kandungan sebenar makanan yang anda ambil pada bulan perayaan? Adakah boleh mempengaruhi diet selepas raya anda? Biarpun ramai yang memandang remeh aspek pemakanan dan kesihatan pada musim perayaan kerana menganggap ianya hadir setahun sekali,tidak bermakna ia ‘dibenarkan’ untuk mengganggu keseimbangan pemakanan anda. 

Berikut adalah tip diet selepas raya untuk anda yang mementingkan kesihatan dan kecantikan sepanjang masa.

Jaga keseimbangan nutrisi

Biasanya juadah hari raya mengandungi kandungan gula, lemak dan garam yang agak tinggi manakala kandungan mineral serat yang diperlukan tubuh berada pada peratusan yang agak kecil. Justeru untuk memastikan kesihatan dan keseimbangan keperluan zat makanan dalam tubuh, pastikan anda mengawal pemakanan anda biarpun pada musim perayaan. Pertahankan prinsip gizi seimbang diet selepas raya

Minum air kosong elakkan air gula

Pastikan anda minum air mineral 2 liter atau lebih setiap hari. Biasanya anda akan dihidangkan dengan pelbagai jenis minuman berperisa yang tinggi kandungan gulanya. Elakkan minuman bergula dan berais. Jangan malu-malu meminta air kosong jika bertandang ke rumah saudara mara mahupun teman-teman.

Banyakan makan serat

Jangan lupa makan buah-buahan walaupun hidangan hari raya anda dimonopoli pelbagai menu istimewa Aidilfitri seperti ketupat, lemang, kek dan biskut. 

Jadikan hidangan raya lebih sihat

Ubah juadah hari raya dengan mempelbagai dan memperbaharui menu hidangan. Contohnya jika anda ingin membuat kek pastikan ia disaluti dengan pelbagai jenis hirisan buah-buahan. Untuk biskut pula anda boleh menambah jus buah-buah dalam adunan biskut anda.

Awasi makanan mengandungi gula

Jika anda dihidangkan biskut yang mengandungi krim yang tinggi kandungan lemaknya, jangan malu-malu untuk membuang krimnya sebelum anda makan. Tapi awas, pastikan ia dilakukan pada saat tuan rumah tiada di depan mata untuk menjaga hati dan perasaannya. Jika anda tidak berkemampuan berbuat demikian, pilih hidangan yang lain.

Akhir kata

Hari raya adalah hari untuk menikmati hidangan juadah raya, namun anda juga boleh memilih untuk menjadikan diet selepas raya anda lebih baik dan sihat untuk tubuh badan. Elakkan pengambilan gula berlebihan kerana ia punca kepada diet yang tidak sihat.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!