POSTAGE SELURUH MALAYSIA

5 Makanan Untuk Melambatkan Menopaus

Table of Contents

Menjelang usia pertengahan 40-an, wanita memerlukan pelbagai makanan untuk melambatkan menopaus. Maklum sahajalah, di usia emas ini, kadar pengeluaran hormon tubuh juga semakin berkurangan. Kesannya juga bukan sahaja kelihatan pada tubuh badan dan raut wajah, emosi juga sering terganggu.

Adakah pengambilan makanan tambahan dapat membantu? Lima tip makanan untuk melambatkan menopause di bawah boleh membantu anda

5 makanan untuk melambatkan menopaus

Makanan berserat tinggi untuk menopaus

Sayur-sayuran dan buah-buahan sememangnya terkenal dengan serat yang tinggi. Makanan berserat tinggi merupakan salah satu daripada menu sihat yang baik terutamanya bagi wanita yang menghampiri waktu menopaus. Selain menyerap kolesterol dalam badan, makanan yang berserat tinggi seperti kubis, brokoli, epal, dan lain-lain berupaya mengelakkan anda daripada serangan jantung.

Kebaikan Minyak Zaitun untuk menopaus

Kajian di luar negara telah membuktikan bahawa pengambilan minyak zaitun dalam diet harian berupaya mengurangkan potensi kanser dan kesan penuaan terhadap tubuh. Ini kerana minyak zaitun berupaya menghalang sel-sel kanser dari terus merebak ke dalam tubuh. Makanan yang dimasak dengan menggunakan minyak zaitun juga lebih enak rasanya berbanding minyak masak biasa yang tinggi kandungan kolesterolnya. Jadi, apakata jika anda lebihkan penggunaan minyak zaitun dalam masakan anda? Jika dahulu agak sukar untuk mendapatkan minyak zaitun di pasaran tempatan, kini pelbagai jenis minyak zaitun boleh didapati di pasar raya.

Pencuci mulut kurang manis

Pencuci mulut merupakan hidangan yang sering kali dinantikan sebaik selesai menjamu selera. Namun, awas! Bagi wanita di usia lewat 40-an. Pencuci mulut boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik jika jumlah pengambilannya tidak dikawal. Biarpun begitu, menghampiri usia emas sebegini bukanlah bermakna anda tidak boleh lagi menikmati pencuci mulut. Pencuci mulut yang rendah kandungan gula dan lemak seperti jeli buah-buahan tanpa gula atau pun campuran buah beri yang ditambah dengan yoghurt rendah lemak juga pasti memenuhi citarasa anda serta sihat.

Kebaikan kekacang untuk menopaus

Kekacang sememangnya kaya dengan pelbagai kebaikan serta mudah untuk dimasukkan kedalam diet harian. Pengambilan kekacang bagi wanita yang menghampiri usia menopaus sangat digalakkan kerana khasiatnya yang banyak seperti protein, serat, vitamin E dan mineral dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Namun begitu, kekacang juga mengandungi jumlah kalori yang agak tinggi, jadi pengambilannya tidak perlu berlebihan.

Jangan makan makanan proses

Kandungan pewarna dan perasa tiruan yang digunakan di dalam makanan pada masa kini boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya terutamanya bagi wanita yang kian menghampiri waktu menopaus. Oleh itu, pengambilan makanan organik sememangnya

digalakkan. Selain rasanya yang lebih enak, makanan organik juga dapat mengelakkan seseorang daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan pewarna dan perasa tiruan seperti makanan komersial yang terdapat di pasaran.

Akhir kata

Bagi golongan wanita zaman sekarang menopaus adalah suatu yang kurang disenangi sekarang boleh mempengaruhi kepada ketrampilan luaran seseorang wanita. Namun menopaus Adalah satu sifat semulajadi yang pasti berlaku kepada semua wanita, apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha untuk menjaga diet harian agar tubuh badan lebih sihat dan baik walaupun sewaktu menopaus. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
error: Content is protected !!